Saturday, April 28, 2012

Hukum Demonstrasi

Posted by UPP DPMZ On 6:29 PM



DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, demonstrasi memberikan maksud :

-tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dan seumpamanya
-menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara melaku­kan sesuatu

*rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4 atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Friday, April 27, 2012

Ada apa pada bulan Jamadil Akhir, yer???

Posted by UPP DPMZ On 1:35 PM



PENGERTIAN
                         
Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.

Wednesday, April 25, 2012

Wahai Muslimah, Dimanakah Batasan Kalian?

Posted by UPP DPMZ On 1:33 PM



Berapa ramai daripada kita yang menyedari tentang batasan manusia yang tertakluk untuk memelihara dua   bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah S.W.T (Habluminallah) dan hubungan sesama manusia (Habluminannas). Ketika menerima taklifan ini, firasat mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini, lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam di setiap peringkat sekolah dan merupakan antara seseorang yang mendalami ilmu agama Islam itu sendiri.

Solat Subuh Berjemaah Melahirkan Rijal

Posted by UPP DPMZ On 1:13 PM



Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."

(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Monday, April 23, 2012

Kontrak Pinjaman PTPTN Dari Perspektif Syara'

Posted by UPP DPMZ On 10:32 PM



Isu pemansuhan pinjaman PTPTN yang dituntut oleh mahasiswa di Malaysia mendapat sambutan yang hangat di kalangan pemerhati samada daripada kalangan politikus, panel syariah serta ilmuan intelektual. Hal ini demikian kerana isu ini menjadi semakin besar apabila golongan mahasiswa mengambil keputusan dan bertekad dengan memulakan himpunan menuntut kerajaan memansuhkan pinjamanan PTPTN di Dataran Merdeka pada 14 April baru-baru ini dan meneruskan perhimpunan dengan mengadakan ‘perkhemahan’ di Dataran Merdeka tersebut bagi menunjukkan optimis dalam menuntut agar pinjaman PTPTN dimansuhkan.

Isu pinjaman PTPTN ini bukan hanya dilihat dari sudut pengurusan wang semata-mata bahkan ia mesti dilihat dari sudut syara’ berkenaan kontrak pinjaman PTPTN tersebut. Maka MANHAL mengambil langkah untuk mengkaji dan menjawab isu yang berkaitan dengan permasalahan agama yang terdapat di dalam isu ini.

KONTRAK PTPTN ADALAH KONTRAK PINJAMAN

Terlebih dahulu kita melihat apakah konsep kontrak yang digunakan dalam PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menawarkan pinjaman kepada mahasiswa/wi dalam negeri bagi membantu permasalahan kurang kemampuan dari sudut kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Pinjaman diberikan kepada mana-mana mahasiswa/wi yang memohon dan melengkapi syarat-syarat yang ditetapkan.

Justeru, berdasarkan kepada penjelasan di atas, PTPTN adalah melibatkan isu kontrak pinjaman. Iaitu mahasiswa/wi memohon pinjaman untuk membiayai bayaran pendidikan mereka.


HUKUM BAGI KONTRAK PINJAMAN

Asal hukum bagi kontrak pinjaman adalah kontrak membantu. Para fuqaha menegaskan bahawa kontrak pinjaman adalah berbeza dengan kontrak jual beli dan juga kontrak yang melibatkan apa jua urusan keuntungan. Maka kontrak pinjaman adalah berdasarkan hukumnya iaitu atas dasar membantu bukan atas dasar keuntungan.

Disebabkan itu, pihak yang memberikan pinjaman tidak boleh mengambil sebarang caj atau faedah tambahan dengan mengenakan apa jua syarat untuk memastikan mendapat pemulangan yang lebih tinggi, dengan erti kata yang lain iaitu keuntungan daripada hutang yang diberikan.

Jika sekiranya pihak yang memberikan pinjaman atau hutang meletakkan syarat agar pihak yang berhutang untuk melunaskan hutang dengan kadar yang lebih tinggi atau dikenakan denda apabila lewat melunaskan hutang maka hukumnya adalah haram mengikut ijmak ulama. Hal ini demikian kerana tambahan yang berlaku ke atas nilai asal hutang tersebut merupakan riba. Hukum riba adalah secara jelas dan qath’ie bahawa haram bahkan tergolong dalam dosa-dosa besar.


PINJAMAN PTPTN DAN KONSEP MELANGSAIKAN HUTANG

Mahasiswa/wi yang mengambil pinjaman PTPTN tidak dapat tidak dikenakan caj bayaran dengan kadar 3% daripada hutang. Dan ini merujuk kepada sistem konvensional yang dijalankan oleh pihak pengurusan. Bahkan setiap tahun apabila pihak yang berhutang lewat untuk menjelaskan hutang mereka maka nilai jumlah hutang mereka akan bertambah mengikut kadar caj yang dikenakan.

Begitu juga, pihak pengurusan PTPTN akan memilih beberapa kuota yang diberikan hak istimewa iaitu pelepasan dari pembayaran semula hutang mengikut kepada kriteria yang ditentukan iaitu cemerlang dari pelbagai program dan institusi pengajian tinggi yang mewakili keseluruhan penerima ijazah kelas pertama atau setaraf.


KONSEP MELANGSAIKAN PINJAMAN / HUTANG DALAM ISLAM

Islam telah meletakkan beberapa garis panduan yang tetap dalam isu melangsaikan pinjaman atau hutang. Garis panduan tersebut ialah :

- Haram meletakkan syarat ke atas kontrak pinjaman yang berbentuk sebarang faedah bagi mendapatkan keuntungan. Berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW : 
  كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ

“setiap pinjaman yang berlaku ke atasnya manfaat (mensyaratkan bayar lebih dari nilai asal) maka ia dikira riba”
Sunan Baihaqi Kubra no 10715.

Walaupun kadar faedah atau caj yang dikenakan ke atas pinjaman tadi adalah amat kecil maka ia dikira tetap haram kerana ia tetap riba. Hal ini sebagaimana yang berlaku di zaman jahiliyah sehingga digelar sebagai Riba Jahiliyah. Dan ia telah diharamkan oleh Allah SWT.

     FirmanNya :

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬‌ۖ
  
 "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda" 
Surah Ali Imran ayat yang ke-130.
   
Sekiranya pihak yang meminjam tidak ada kemampuan untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan maka pihak yang memberikan hutang hendaklah menunggu sehingga pihak yang berhutang mampu membayar dengan syarat tanpa dikenakan sebarang faedah kerana tambahan yang dikenakan merupakan riba.

     Firman Allah SWT menyebutkan bahawa :

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ

“sekiranya mereka (pihak yang berhutang) mempunyai kesulitan (untuk membayar pada waktu yang ditetapkan) maka berikanlah masa sehingga mereka senang (mampu untuk bayar)” – Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280

- Digalakkan pihak yang berhutang untuk membayar hutang dengan lebih baik iaitu sebagai hadiah, bukan atas sebab syarat. Hal ini digalakkan berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

“sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang memperelokkan bayaran (hutang)” – Sahih Muslim no 1600.

- Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutang kerana mempunyai masalah yang kritikal maka pihak yang memberikan hutang digalakkan untuk melepaskan bayaran. Bahkan digalakkan juga melepaskan bayaran kepada mana-mana pihak yang berhutang walaupun tanpa sebab, atas dasar hadiah atau sedekah.

Firman Allah SWT :

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“maka sekiranya kamu melepaskan hutang, maka itu adalah yang terbaik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahuinya”
Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280.


SEBARANG UNSUR RIBA ADALAH HARAM

Berdasarkan penjelasan di atas maka dikenal pasti bahawa pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba iaitu dikenakan kadar caj tambahan sebanyak 3 peratus kepada penghutang ke atas nilai hutang. Maka ia mempunyai unsur yang sama dengan pinjaman yang dikenakan syarat iaitu penambahan ke atas nilai asal hutang.

Justeru, pinjaman PTPTN tergolong dalam kontrak yang mengandungi unsur riba dan hukumnya adalah haram.

Jelas berdasarkan firman Allah SWT bahawa riba adalah diharamkan. Rujuk ayat Al-Quran pada surah Al-Baqarah pada ayat ke-275 sehingga 279.

Nabi SAW juga memberikan peringatan kepada umatnya agar menjauhi 7 perkara yang mendatangkan dosa besar, antaranya ialah riba. – Sahih Bukhari no 2766

Pada bulan Mei 1956, sidang muktamar kali ke-2 bagi Mujamma’ Buhuth Islamiyah yang diadakan di Kaherah di bawah kelolaan Syeikh Al-Azhar ketika itu, telah memutuskan bahawa sebarang faedah yang dikenakan ke atas apa jua pinjaman adalah riba dan hukumnya adalah haram.

Syeikh Rashid Redha menukilkan fatwa daripada Syeikh Muhammad Abduh antara faktor Allah mengharamkan riba adalah kerana riba merupakan kontrak yang mendapatkan pertambahan tanpa ada gantian. Hal ini berbeza dengan kontrak jual beli iaitu pertukaran atau gantian antara dua belah pihak yang melibatkan barangan jualan dengan wang belian. Hujah ini juga adalah untuk menolak dakwaan pihak jahiliyah yang menyifatkan bahawa kontrak jual beli adalah sama sebagaimana dengan unsur riba.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian di atas, maka jelas kepada kita bahawa kontrak pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba dan hukumnya jelas adalah haram. Justeru, respon pihak MANHAL berikutan isu pemansuhan PTPTN perlu dilihat dari perspektif syarak.

Hasilnya, MANHAL memberikan pendirian yang jelas iaitu :

Pinjaman PTPTN merupakan kontrak pinjaman. Dan kadar caj bayaran tambahan ke atas nilai asal hutang merupakan riba.Sebarang kontrak yang mengandungi unsur faedah adalah riba dan hukumnya haram.

Perkara utama yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam isu PTPTN ini ialah menghapuskan sistem bayaran yang mengandungi unsur riba. Peminjam hanya perlu mambayar nilai asal pinjaman yang mereka lakukan tanpa dikenakan sebarang faedah atau caj tambahan ke atas nilai asal.

Berkaitan tuntutan mahasiswa dalam pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN , pihak MANHAL melihat sekiranya pemansuhan tersebut memberikan faedah dan maslahat yang besar kepada rakyat terutama golongan mahasiswa/wi dalam konteks pembangunan insan, tanpa memudharatkan negara, maka elok untuk dilaksanakan tuntutan pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN dengan rangka pengurusan yang terbaik.

Sekian,

Disediakan oleh : 
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
PENGERUSI FELO MANHAL PMRAM 2012

Sumber : pmram.org

Friday, April 20, 2012

Indahnya Solat Berjemaah

Posted by UPP DPMZ On 2:03 PM



Firman Allah s.w.t : “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang yang diharapkan termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk”.

(Surah at-Taubah :18)

Thursday, April 19, 2012

Selamatkanlah Diri Anda Dari Fitnah Dajjal

Posted by UPP DPMZ On 11:43 PM


DALIL HADIS

Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi, ia akan terjaga selama lapan hari dari setiap fitnah, jika Dajjal keluar dalam lapan hari Allah akan menjaganya dari fitnah Dajjal.” Hadis ini bersumber dari Ubay bin Ka’b dari Nabi saw.

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)

Pelaksanaan PTPTN Wajar Dikaji Semula.

Posted by UPP DPMZ On 2:48 PM



Sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak tahun 1997 tidak dinafikan merupakan satu usaha yang baik untuk membantu meringankan bebanan kewangan mahasiswa yang tidak berkemampuan tetapi memiliki kelayakan untuk menyambung pengajian mereka di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta.

Wednesday, April 18, 2012

Study Group Membantu Proses Ingatan.

Posted by UPP DPMZ On 3:38 PM



Pembelajaran berkumpulan atau study-group adalah antara aktiviti yang agak sinonim dengan mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar, terutamanya ketika tiba musim peperiksaan. Umumnya semua sudah maklum akan kelebihan yang dapat dikutip melalui perbincangan dan perkongsian ilmu sesama sahabat seperjuangan. 

Secara hakikatnya, melalui pembelajaran berkumpulan, seseorang akan membuat anjakan paradigma dalam dirinya. Pembelajaran berkumpulan akan menyebabkan seseorang mengubahsuai cara pemikirannya menjadi lebih terbuka dan bersesuaian dengan sahabat sesama kumpulan tersebut. Selain itu, dia lebih cenderung untuk memastikan tingkah lakunya semakin efektif juga memberi manfaat untuk kemajuan perbincangan dalam kumpulan. Pendek kata, ia merupakan proses menjadikan mahasiswa  lebih matang dan bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, pembelajaran berkumpulan akan memastikan setiap ahli kumpulan diberi peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing, selain mendengar pandangan yang lain. Hal ini mampu meningkatkan daya ingatan kerana kata-kata yang dilafazkan lebih mudah diingati berbanding pembacaan semata-mata.

Malah, kajian menunjukkan mahasiswa yang belajar secara berkumpulan juga akan meninggalkan tabiat suka bertangguh yang sering menjadi masalah utama penuntut ilmu dewasa ini. Mana mungkin kita sanggup menebalkan muka lantaran tugasan yang diberi tidak dapat diselesaikan, padahal sahabat yang lain sudah bersedia untuk membentang hasil kerja mereka.

Di sini terdapat sedikit tips yang dikongsi bagi membentuk pasukan pembelajaran berkumpulan yang efektif.  Bagi yang sudah mempunyai tabiat belajar bersama rakan-rakan, diharapkan anda menilai semula sejauh mana keberkesanannya agar ia memberi pulangan yang maksimum kepada anda dan ahli kumpulan yang lain.

1.  Pemilihan rakan kumpulan: 
Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.

2.   Pemilihan topik: 
Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.

3.  Persediaan tempat: 
Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Apa yang penting ialah menjauhi daripada gangguan kebisingan.

4. Pemilihan waktu:
Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

5. Bahan belajar: 
Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota, latihan dan lain-lain. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mesir ini mendapat sedikit sebanyak panduan dalam membentuk dan mengamalkan salah satu teknik pembelajaran berkesan iaitu pembelajaran berkumpulan.

Seorang penuntut ilmu pernah bermadah; “Kami menghabiskan seluruh kehidupan kami mengkaji tentang Islam serta mengembara ke seluruh dunia semata-mata untuk menuntut ilmu daripada para ilmuan yang hebat pada zaman kami. Dan kami mengumpul ilmu yang kami miliki melalui pembelajaran seumur hidup kami dengan menulis buku-buku, yang akan bertahan selama ratusan tahun dan bakal memberi manfaat buat penuntut ilmu generasi hadapan.” 

Bagaimana dengan kita? Sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan dalam melewati kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu Allah. Semoga segala usaha yang kita lakukan berpaksikan semata-mata demi mencari redha dan menjejak rahmat daripada Allah SWT. 

Sumber: PMRAM

Monday, April 16, 2012

Takziah Buat Saudara Haris Fathi@Anas B. Hj Mohd Rapiai Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 6:43 PM


Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

JEMAAH MENTERI RASULULLAH S.A.W DALAM KERAJAAN ISLAM MADINAH.

Posted by UPP DPMZ On 1:55 PM



Di dalam islam tidak ada istilah atau dasar yang dinamakan sekularisme iaitu dasar pemisahan agama dengan politik serta pentadbiran.Di zaman generasi pertama islam ,pentadbiran negara berpusat di masjid.Antara urusan masjid dan kenegeraan kedua-duanya berjalan seiring.

Sesungguhnya sekularisme bukan berasal dari tradisi islam tetapi berasal dari tradisi kristian barat. Kerajaan islam Madinah adalah tamadun yang terbaik di dunia kerana keseimbangan antara elemen rohani dan aspek kenegaraan.

Memperanankan Aktivis Islam.

Posted by UPP DPMZ On 12:16 PM



Sejarah telah membuktikan bahawa golongan pemuda memainkan peranan yang sangat penting dalam membina sesebuah masyarakat manusia yang bertamadun. Mereka merupakan golongan yang mempunyai jiwa yang kental di samping memiliki kekuatan jasad yang istimewa. 

Kelebihan yang ada pada mereka ini perlu dicanang dengan acuan yang tepat sebagaimana ditentukan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan diperincikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW melalui Hadis agar mereka mampu mewarisi takhta pemerintahan persatuan, badan kebajikan mahupun sesebuah negara dengan cara yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah SWT. Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud ;

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar ; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda (aktivis Islam) yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

Dalam menyelusuri denai yang beronak dan berduri tidak dapat dinafikan bahawa PMRAM sehingga ke hari ini sedikit sebanyak menghadapi kesulitan dalam melahirkan golongan pelapis atau aktivis Islam yang benar-benar sanggup mewakafkan diri mereka untuk berkhidmat dan berbakti dalam meneruskan kelangsungan PMRAM yang menjadi satu medium kesatuan mahasiswa di bumi anbia’ ini. 

Ini kerana para aktivis tidak diperanankan dengan sebaik mungkin di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan di peringkat PMRAM. Tambahan pula, mereka seolah-olah tidak menjiwai dan tidak merasakan yang sebenarnya mereka sangat diperlukan oleh PMRAM.Namun PMRAM tidak hanya mengambil sikap diam membisu, berpeluk tubuh dan berdiri kaku akan tetapi terus berusaha dalam segenap lapangan dan elemen bagi melahirkan golongan yang akan menjadi mata rantai perjuangan yang mulia ini sehinggalah pucuk pimpinan persatuan ini tidak terbantut sama sekali dan terus silih berganti. Sebagai contoh yang paling jelas, Program Kepimpinan PESAT yang saban tahun telah dilaksanakan adalah salah satu usaha di peringkat PMRAM dalam memastikan kelangsungan generasi pelapis ini tercapai dan terus berkekalan sepanjang tahun.

Mahasiswa dan Mahasiswi yang budiman,

Hari ini kita dapat saksikan bahawa fungsi aktivis Islam cukup penting di dalam medan gerak kerja PMRAM.  Mereka bukan sahaja menjadi tulang belakang kepada keteguhan dan kemantapan perjalanan PMRAM bahkan mereka juga adalah sebagai pemikir di dalam mencetuskan suatu idea yang baru untuk direalitikan. 

Oleh yang demikian sebagai langkah awal para aktivis Islam perlu memiliki fikrah yang cukup jelas tentang amal Islami serta mempunyai kekuatan rohani yang mantap sebagai tunjang yang kukuh bagi memastikan mereka terus thabat bekerja di jalan Allah ini, Tidak hanya  semata-mata kerana bekerja dalam keadaan terpaksa atau kerana dipaksa bahkan mereka berpenat lelah kerana faham bahawa tugas yang paling mulia adalah saling menyumbang tenaga di dalam perkara kebaikan dan berlepas tangan dalam sebarang perkara kemungkaran. 

Hal inilah yang ditekankan melalui Madrasah Muhammadiah yang berjaya melahirkankan sejumlah besar aktivis Islam dalam kalangan para sahabat ridhwanullah alaihim yang menjadi contoh tauladan terbaik kepada kita hingga ke saat ini.Apabila berbicara mengenai bidang tugas aktivis Islam juga, mereka seharusnya memiliki kefahaman yang jelas mengenai gerak kerja yang hendak dilakukan. Aktivis Islam yang tidak mempunyai kefahaman yang jelas dalam sesuatu gerak kerja boleh diibaratkan mereka ini seperti seseorang yang berjalan tanpa arah tuju dan tidak mengetahui destinasi paling akhir yang perlu mereka lawati. Sesat di siang hari, tiada tempat persinggahan yang akhirnya merugikan masa, kewangan dan tenaganya dengan begitu sahaja.

Menjadi keperluan kepada para aktivis Islam untuk bekerja dengan penuh konsisten kerana ia bagaikan sebuah cermin dalam mengukur atau menilai kematangan berfikir, bertindak, mengatur dan menyusun sebarang aktiviti dan perancangan. Selaras dengan sabda Nabi Muhammad SAW : “ Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit ”. 

Lupakah kita kepada perajurit PMRAM sebelum ini yang sanggup berjuang mempertahankan hak PMRAM dan mahasiswa yang telah dinafikan. Mereka berhadapan dengan pelbagai jenis cubaan dan rintangan namun sama sekali mereka tidak pernah serik dan jemu dalam mempertahankan hak tersebut. Semangat inilah yang patut para aktivis Islam contohi dan tauladani agar para aktivis Islam akan kekal teguh berdiri menghadapi tribulasi yang semakin mencabar ini.

Justeru,  marilah sama-sama kita menghayati untaian kalam ulama gerakan di dalam memotivasikan diri kita dalam arena perjuangan ini. Beliau menyebut : “Ramai di kalangan manusia mampu untuk berkata-kata namun sedikit daripadanya yang thabat dalam amal mereka. Dan ramai yang di kalangan sedikit itu mampu untuk thabat dengan amal kerja yang mereka buat  namun sedikit sahaja yang berkelayakan menanggung bebanan dakwah yang maha dahsyat sifatnya. Mereka itulah insan terpilih. Namun kekadang yang terpilih itu terpesong dari  hala tuju andai tidak dipandu petunjuk Yang Esa ”.

Penghargaan diberikan kepada tenaga aktivis PMRAM dengan wujudnya Anugerah Emas untuk individu yang sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya kepada PMRAM dalam setiap gerak kerja. Ini adalah salah satu pengiktirafan diperingkat PMRAM untuk menghargai jasa dan pengorbanan aktivis sekaligus memberikan suntikan dorongan kepada mahasiswa yang lain untuk bekerjadan mencurahkan tenaga dalam melaksanakan segala agenda PMRAM.

Sub Topik
Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012
Sdr. Abdul Aziz Bin Ali

Sumber : PMRAM

Saturday, April 14, 2012

TEKNIK MENGULANGKAJI PELAJARAN DENGAN BERKESAN.

Posted by UPP DPMZ On 11:50 PM


BAGAIMANA MENGULANGKAJI? 

Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:

*Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

*Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

*Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang diberikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

Tuesday, April 10, 2012

RIBAT PERDANA, MUNAJAT KHUSUS SEMPENA IMTIHAN.

Posted by UPP DPMZ On 9:25 PM


ZAGAZIG, 9 APRIL 2012-  Unit Biah Solehah DPMZ di bawah kendalian Unit Dakwan & Pembangunan Insan telah bekerjasama dengan Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMZ bagi menganjurkan Ribat Perdana Khusus buat seluruh mahasiswa/wi yang bakal menempuhi gerbang peperiksaan tidak lama lagi.Majlis kerohanian itu bermula sekitar jam 7.30 pm.

Majlis bermula dengan solat isya' secara berjemaah yang diimamkan sendiri oleh Pengerusi DPMZ, Saudara Zainullah Mohd pauzi dan kemudiannya diteruskan dengan solat sunat hifzi yang diimamkan oleh Saudara Bukhari Muslim dan Saudara Makhzani Abdul Rahim.

Ahli-ahli mengambil peluang ini untuk bermunajat secara berjemaah menunaikan solat sunat hifzi yang bertujuan untuk memperkuatkan ingatan di samping memohon dipermudahkan oleh Allah S.W.T dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Antara program lainnya yang disusun oleh pihak penganjur dalam Ribat Perdana ini ialah tazkirah yang berkaitan dengan solat bersempena dengan pembawakan Unit Biah Solehah pada bulan ini iaitu "Solat Berjemaah."

Saudara Abdul Mukmin Alias yang merupakan penasihat DPM Damanhur telah dijemput khas oleh DPMZ bagi menyampaikan tazkirah tersebut seusai solat sunat hifzi berjemaah dilaksanakan. Majlis Ribat Perdana tersebut berakhir kira-kira jam 10 pm. 

Seluruh barisan kepimpinan DPMZ mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli yang meluangkan masa untuk menghadiri dan menjayakan majlis yang telah dirangcang sendiri di peringkat proksi. DPMZ juga mendoakan agar seluruh ahli dari pelajar Perubatan, Farmasi mahupun Al-Azhar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"






Monday, April 9, 2012

Al-Kisah Solat Jemaah

Posted by UPP DPMZ On 5:10 PM


Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wasalam yang bermaksud:

"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)". 

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bila Nak "join" BERDAKWAH..??

Posted by UPP DPMZ On 9:43 AM

 Bila Nak "join" BERDAKWAH..??


ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

Tuesday, April 3, 2012

Pengumuman Pejabat Baru DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 1:38 PM

          Pengumuman kepada seluruh warga Zagazig, Jabatan Setiausaha Agung DPMZ secara rasminya mengumumkan telah memindahkan urusan pentadbiran di pejabat baru. Pejabat ini terletak bersebelahan Dewan Darul Wehdah, Salam. Tujuan pemindahan operasi ke pejabat ini ialah bagi memudahkan ahli-ahli untuk berurusan dengan DPMZ sama ada urusan rasmi atau biasa seperti pembelian beras, peminjaman aset DPMZ dan sebagainya. 

Sunday, April 1, 2012

Geng Tidak Solat

Posted by UPP DPMZ On 7:09 AM


Sempena bulan April 2012 , pembawakan Unit Biah Solehah DPMZ bulan ini adalah 'Solat Berjemaah'. Marilah sama-sama kita menjaga ibadah solat kita supaya kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang rugi samada di dunia  mahupun di akhirat.

Sahabat