Sunday, July 31, 2011
Saturday, July 30, 2011
SPR DPMZ 2011 Mula Beroperasi, Pencalonan Bagi AJKT DPMZ 2011/2012 Mula Dibuka
Posted by UPP DPMZ
On 10:04 PM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) 2011 membuka pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2011/2012 bermula 30 Julai 2011 (Ahad) hingga 4 Ogos 2011 (Khamis). Sebarang permasalan berkenaan borang pencalonan dan syarat-syarat boleh didapati di Bilik Gerakan SPR Cawangan Zagazig bertempat di Dewan Darul Wehdah.
Monday, July 25, 2011
Sokongan Persatuan Mahasiswa Luar Negara Kepada PMRAM
Posted by UPP DPMZ
On 4:25 PM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memandang isu pencabulan hak mahasiswa sebagai isu sejagat mahasiswa. Bahkan, isu ini dandang hebat oleh persatuan-persatuan mahasiswa luar Negara , hal ini telah disahkan sendiri oleh Presiden PMRAM saudara Muhamad Zuhaili Bin Saiman setelah berhubung sendiri dengan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ), Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS), Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA), dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).
Wednesday, July 20, 2011
Manfaatkan Sebaiknya Borang Aduan Hak Mahasiswa
Posted by UPP DPMZ
On 6:32 PM
KAHERAH, 18 Julai: Isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku baru-baru ini telah mendapat respon meluas daripada pelbagai pihak.
PMRAM turut memandang serius isu Mahasiswa yang berlaku sebagai isu keadilan dan hak bersama yang perlu dipertahankan di setiap peringkat.
Saturday, July 16, 2011
Malam Nisfu Sya'ban Petanda Hampirnya Ramadhan
Posted by UPP DPMZ
On 9:48 PM
ZAGAZIG, 15 Julai 2011 - Bersempena kehadiran nisfu Sya'ban yang dinanti-nanti oleh umat Islam, pihak DPMZ melalui unit Dakwah Dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Majlis Malam Nisfu Sya'ban di Dewan Darul wehdah.
Bermula pada jam 7.30 malam, para hadirin menunaikan solat sunat Hajat sejurus selepas solat Maghrib berjemaah di Masjid Salam bagi ikhwah dan di Dewan Darul Wehdah bagi akhawat. Solat sunat Hajat pada kali ini bertujuan bagi mendoakan agar Allah melindungi kita dari aniaya orang-orang yang zalim.
Friday, July 15, 2011
Pencarian Rumah Idaman Kini Bermula!
Posted by UPP DPMZ
On 4:50 PM
Unit Perumahan DPMZ dengan berbesar hati akan menganjurkan Pertandingan Rumah Idaman. Antara kriteria yang dicari untuk rumah idaman pada kali ini ialah :
- Mengamalkan Solat Berjemaah
- Bebas Syisya Dan Rokok
- Kebersihan, Kekemasan dan Keceriaan Rumah
- Ukhwah Sesama Ahli Bait
- Sering Hadir Ke Program
- Rajin Ke Kuliah
ISLAM AGAMA YANG MEMENTINGKAN NASIHAT DAN PERINGATAN
Posted by UPP DPMZ
On 2:13 PM
Nasihat dan peringatan merupakan dua elemen yang besar dan sangat penting bagi kita meninggikan atau menegakkan kebenaran dan memansuhkan kebatilan. Peranan untuk menegakkan dan meninggikan nasihat serta peringatan adalah menjadi tanggungjawab semua peringkat dan lapisan khususnya para pemuda-pemudi yang akan menjadi “Rijal At-Taghyir” atau agen perubah kepada masyarakat. Jadi adalah menjadi suatu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua lapisan supaya hadaf dan tujuan islam disebarkan salah satunya adalah untuk membentuk suatu keadaan dan suasana yang tenteram.









