Posted by UPP DPMZ
On 11:49 PM
ZAGAZIG, 27 Mei 2011 - Majlis Tautan Iman yang terakhir bagi Kempen Bulan Solat pada kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan keterlibatan lebih ramai ahli yang dahagakan santapan rohani pada malam tersebut.
Seperti biasa, Majlis Tautan Iman dimulakan dengan qiamullail, diteruskan dengan solat Subuh berjemaah dan disambung dengan tazkirah senafas yang disampaikan oleh Saudara Muhamad Anas Bin Kamaruldin, Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMZ.
Posted by UPP DPMZ
On 9:49 PM
Husni Mubarak.... dihukum membayar LE 200 juta
Mahkamah pentadbiran Kehakiman semalam memerintahkan bekas Presiden Husni Mubarak, bekas Perdana Menteri Ahmad Nazif dan bekas Menteri Dalam Negeri Habib Al-Adly membayar pampasan sebanyak LE 540 juta kerana kemudaratan yang terjadi kepada ekonomi negara kerana tindakan kerajaan Mesir memutuskan rangkaian telekomunikasi dan internet ketika berlakunya Revolusi 25 Januari.
Posted by UPP DPMZ
On 9:36 PM
Tunjuk perasaan.... Rakyat Mesir berdemonstrasi lagi Jumaat lepas
Anggota Majlis Tentera menekankan bahawa jadual peralihan kuasa “tidak akan berubah tanpa kewujudan kuasa-kuasa politik yang belum bersedia atau ingin lebih banyak masa untuk mempersiapkan diri” dengan penekanan baru pada pilihan raya Majlis Rakyat dan Dewan Syura akan diadakan sepanjang September akan datang. Demikian kata Panglima Tentera Mesir, Jeneral Mamduh Shahin yang juga Timbalan Menteri Pertahanan bagi kerajaan sementara Mesir.
Posted by UPP DPMZ
On 2:51 PM
Misi Dana Syaqah PMRAM walaupun masih belum mencapai sasaran mengikut jangkaannya pada akhir tahun 2009 berdasarkan usul yang telah disepakati di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76, namun ia tetap diteruskan secara komited oleh pihak PMRAM.
Posted by UPP DPMZ
On 11:48 PM
KAHERAH , 21 Mei : Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir , Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman Awang mewakili kepimpinan PMRAM merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
“Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai versi ujian dan dugaan ,demi melihat sejauh mana kesabaran dan keredaan kita terhadap percaturannya" ujarnya ketika ditemui di Pejabat Pentadbiran PMRAM petang tadi .
Posted by UPP DPMZ
On 2:36 AM
KAHERAH , 20 Mei - Keutuhan PMRAM terus diperkukuhkan dengan sokongan dan dokongan daripada ahli PMRAM samada PMRAM cawangan BKAN & DPM , yang tidak pernah jemu memberikan komitmen kepada PMRAM sehingga kini.
Oleh kerana yang demikian , kepimpinan PMRAM 2011 mengatur langkahan pertama dengan mendekati seluruh PMRAM Cawangan di BKAN mahupun DPM bagi merapatkan lagi ikatan ukhuwah yang terjalin sekaligus dapat bersemuka dengan ahli untuk mendengar segala permasalahan yang berlaku di peringkat masing-masing.
Posted by UPP DPMZ
On 7:15 AM
ZAGAZIG, 20 Mei - Kempen Bulan Solat sudah semakin menampakkan hasil yang memberansangkan apabila semakin ramai ahli turut serta dalam Majlis Tautan Iman minggu ke-2 di Pejabat DPMZ pagi tadi.
Bermula seawal jam 2 dengan qiamullail dan diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Rosdi bin Latif selaku Penasihat 1 DPMZ, para hadirin dihidangkan dengan pengisian-pengisian rohani yang dapat melembutkan kembali hati lagi menenangkan jiwa.
Posted by UPP DPMZ
On 1:15 AM
Malam Tautan Iman minggu kedua akan diadakan bersempena Kempen Bulan Solat DPMZ 1432H. Seluruh ahli mahasiswa digalakkan untuk menghadiri program yang amat memberi manfaat kepada anda di dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman di dalam Surah Az-Dzariyyat : 15-18 "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). Oleh itu, marilah kita mempermudahkan jalan menuju syurga Allah dengan menambahkan ibadah kepadanya terutamanya di waktu yang dikabulkan doa iaitu malam Jumaat.
Posted by UPP DPMZ
On 1:04 AM
Nakba Palestin..... memori ratapan umat tertindas
Nakba Palestin dan gerakan Zionisme
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh malang bagi umat Islam Palestin apabila seramai 700,000 orang diusir dari tanah mereka sendiri. Tarikh ini juga merupakan saat penting bagi gerakan Zionis apabila mereka akhirnya berjaya mengisytiharkan penubuhan negara Israel yang telah dirancang penubuhannya pada 1897 di Muktamar Zionis kali pertama yang diadakan di Bern, Switzerland. Pada muktamar tersebut, pengasas Zionis Theodor Hertzl telah mengumumkan misi dan visi gerakan Zionis Antarabangsa. Antara perkara yang diumumkan ialah “Protokol Zionis” dan “Rancangan 100 Tahun”.
Posted by UPP DPMZ
On 10:38 PM
ZAGAZIG, 13 Mei 2011 / 9 Jamadil Akhir 1432 H - Kempen Bulan Solat di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DMPZ telah dilancarkan pada 9 Mei 2011 selepas solat sunnat hifzi di Dewan Darul Wehdah. Pelancaran yang hanya melibatkan pelajar mahasiswi itu dihadiri oleh hampir 30 orang ahli DPMZ.Antara agenda yang akan dilaksanakan bersempena kempen ini adalah Ekspedisi Ziarah ke rumah ahli DPMZ oleh adhoc pelaksana kempen dan skuad-skuad penggempur(promosi). Ekspedisi kali pertama peringkat akhawat telah dilaksanakan pada 13 dan 14 mei yang lalu.
Ekspedisi ziarah ini telah melibatkan 14 orang skuad penggempur yang terdiri daripada naqibah dan timbalan naqibah tahun 5(akhawat). Kawasan-kawasan perumahan ahli yang terlibat dalam ekspedisi ini adalah kawasan Kafr Zend,Salam,Qaumiah, Mauaf Tanta Qodim dan Villa Gamaah . Setiap penggempur telah dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu untuk memudahkan perjalanan ekspedisi ini.
Posted by UPP DPMZ
On 10:04 PM
KAHERAH, 15 Mei - Pihak PMRAM melahirkan rasa kesal terhadap spekulasi berkaitan agama Kristian menjadi agama rasmi melalui agen DAP. Berita ini telah disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia pada 7 Mei yang lalu.
Spekulasi yang telah ditimbulkan oleh surat khabar Utusan Malaysia merupakan suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kerana ia boleh membawa kepada isu perpecahan dalam negara Malaysia.
Posted by UPP DPMZ
On 1:09 AM
ZAGAZIG, 15 Mei - Skuad Gempur di bawah Ahli Jawatankuasa Kempen Bulan Solat 2011 telah mengadakan Ekspedisi Ziarah yang pertama pada 13 dan 14 Mei yang lalu.
Sepanjang dua hari berziarah ke rumah ahli, skuad pada kali ini mengedarkan risalah perihal asas solat dan borang kaji selidik serta slot tazkirah senafas yang bertujuan bagi mengingatkan kembali ahli berkaitan asas-asas solat.
Paling penting pada ziarah kali ini, ahli dimaklumkan tentang hadaf dan matlamat utama penganjuran Kempen Bulan Solat pada kali ini.
Posted by UPP DPMZ
On 2:34 PM
KAHERAH , 15 Mei - Selamat datang diucapkan kepada Prof Madya Dr.Haji Suaidi bin Dato' Haji Safei ke perlembahan Nil daripada kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.
Ujar Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM " Warga Malaysia di bumi Anbiya' amat mengalu-alukan kedatangan Prof sebagai Pengarah Education Malaysia yang baru .
Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya sekaligus dapat merealisasikan gagasan 1 Malaysia dengan pembawakkan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
sumber : www.hewipmram55.blogspot.com
Posted by UPP DPMZ
On 11:16 PM
Isu panas.... Milikinya sebelum kehabisan stok
Judul Buku : "Realiti Gelombang Aura Mahasiswa & Hak Kita : ARMA"
Terbitan : Urusetia Penerangan Umum & Unit Panitia ARMA
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Muka surat : 75
Harga : LE 12
Untuk memilikinya sila hubungi Us Akramin Ishak (011-1769806) dan Dr Maisarah Mahmood
(011-3434742) atau dapatkannya di Kedai DPMZ.
Sinopsis
Buku ini merupakan penerbitan terulung bagi PMRAM sesi 2010. Buku ini mengandungi coretan perjuangan 80 tahun PMRAM membawa ideologi Islam dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir. 80 tahun merupakan sebuah usia panjang yang sukar dicapai oleh mana-mana persatuan mahasiswa di dunia. Hubungan PMRAM dengan kerajaan Mesir, rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Mesir juga dikupas melalui penulisan ini.
Posted by UPP DPMZ
On 8:17 PM
Assalamualaikum wbt…
Salam tautan ukhwah kepada semua warga DPMZ dan bersyukur kepada illahi dengan izin dan inayahnya kita masih diberi dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Selamat menghadapi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/wi Islam Zagazig.
Di kesempatan ini juga, kita sama-sama memperingati peristiwa penting yang berlaku kepada saudara seagama kita di bumi Palestin iaitu peristiwa ‘Nakbah Palestin’. Peristiwa ini berkisar tentang kejadian penduduk Palestin itu dihalau secara besar-besaran kerana rampasan tanah oleh pihak Zionis laknatullah yang berlaku bulan Mei 1948. Pembunuhan besar-besaran juga berlaku ketika penaklukan tentera Israel yang dikepalai oleh kumpulan pengganas seperti Irgun, Haganah dan Levi.
Posted by UPP DPMZ
On 1:47 AM
Laporan jam 07.44 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.44 malam, Mesir
GAZA, 13 Mei - Walaupun masyarakat Mesir kalut dengan hal dalamannya, namun Palestin tetap hadir di Dataran Tahrir(Medan Tahrir) hari ini. Sejuta penduduk Mesir yang berhimpun di sana bawah slogan 'Kesatuan Mesir bantuan kepada Palestin'.
Lapor Safa, penduduk Mesir meninggalkan rumah mereka demi mahu menyertai perhimpunan juta di Tahrir, malah kelihatan bendera-bendera Palestin berdiri seiring bendera Mesir.
Posted by UPP DPMZ
On 10:13 PM
"Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang."
ZAGAZIG, 13 Mei - Bersempena Kempen Bulan Solat Yang dilancarkan sepanjang bulan Mei ini, pihak DPMZ di bawah Unit Dakwah & Pembangunan Insan telah menganjurkan 'Malam Tautan Iman' di pejabat DPMZ yang bermula sekitar jam 2 pagi tadi.
Posted by UPP DPMZ
On 8:05 PM
Assalamu’alaikum w.b.t.
Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana telah mempertemukan kita dengan jalinan persaudaraan kerana Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. yang telah mewariskan kita selaut tanggungjawab perjuangan Islam yang tiada henti.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” Surah Al-Hujuraat, ayat kesepuluh.
Posted by UPP DPMZ
On 9:27 PM
Perasmi menerima cenderahati daripada pihak DPMZ
ZAGAZIG, 9 Mei - Hidup dalam suasana solehah yang kita idamkan selama ini lama-kelamaan semakin memudar dalam kehidupan seharian kita. Dalam usaha untuk mengembalikan dan memelihara biah solehah di bumi Zagazig, pihak DPMZ telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan
'Kempen Bulan Solat' di sepanjang bulan Mei ini.
Posted by UPP DPMZ
On 3:12 AM
Direktori Kepimpinan Badan Pengurus
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
PRESIDEN
( Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa & Pengerusi HEWI )
Muhammad Zuhaili bin Saiman
+2011-3771841
abezuh@yahoo.com.my
BP ANGKAT : Iskandariah
Posted by UPP DPMZ
On 3:12 AM
TIMBALAN PENGERUSI
Nurain binti Yaacob
+2011-7737821
aienzz@yahoo.com.my
Posted by UPP DPMZ
On 2:18 PM
7 Mei, Kaherah - Perancangan awal yang telah dirangka oleh Unit Bait Muslim dibawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2011 untuk mengadakan Majlis Sambutan Walimatul Urus MAWAR '11 pada bulan Mac yang lepas, oleh kerana evakuasi maka perancangan tersebut tergendala seketika.
Posted by UPP DPMZ
On 10:15 PM
Segak bergaya..... Perwakilan Zagazig bersedia memasuki dewan muktamar
KAHERAH, 6 Mei 2011 : DPMZ telah menghantar ahli perwakilan seramai 19 orang ke Muktamar Sanawi PMRAM Ke-78 yang diadakan di Dewan Solah Abdullah Kamil. Perwakilan Zagazig juga disertai oleh 2 mahasiswi. Perwakilan Zagazig diketuai oleh Saudara Fizree Abu Bakar. Persidangan Muktamar Sanawi telah bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan Mohd Hazime.
Posted by UPP DPMZ
On 8:39 PM
KAHERAH, 6 Mei - Muktamar Sanawi PMRAM kali ke -78 telah diakhiri dengan pengumuman perletakkan jawatan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2010 yang telah diumumkan oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime selaku Presiden PMRAM 2010.Sebelum pengumuman tersebut, semua barisan juga Badan Pengurus memberikan ucapan penangguhan.
Posted by UPP DPMZ
On 2:57 PM
Anggota Unit HISBAH Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) sesi ini tetap berpegang dan kosisten dengan etika yang telah dibuat oleh Unit HISBAH antaranya tidak membuka rahsia dan aib mereka-mereka yang telibat dengan kes-kes hisbah. Namun, sekarang ini isu Siswa Akademi Quran (AQ) Zagazig mengadakan mesyuarat dan sengaja melanggar etika hisbah telah mendapat perhatian meluas kerana diletupkan oleh mereka sendiri.
Posted by UPP DPMZ
On 1:52 AM
Manusia sudah pastinya akan punya impian, harapan dan keinginan. Tetapi adakah kita sudah berusaha ke arah itu? Apakah kita sudah memohon, meminta dan menyampaikan hajat kita itu kepada Yang Maha Mendengar? Dan adakah cukup doa itu hanya di tikar sejadah semata-mata?
Kadang-kala kita hanya berdoa ketika dan selepas solat. Itupun masih ada di antara kita yang tidak punya masa untuk diperuntukkan selepas solat bagi menadah tangan dan memohon segala hajat kita padahal sudah tentu terlalu banyak yang kita inginkan dalam dunia ini yang masih belum kita kecapi.