Tuesday, April 26, 2011

Pembukaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-78

Posted by UPP DPMZ On 5:28 AM

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini membuka secara rasminya pintu usul Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-78 bermula pada 25 April 2011 sehingga 30 April 2011.

Setiap usul yang ingin dicadangkan kepada pihak PMRAM, boleh dihantar sama ada melalui emel rasmi PMRAM; pmram@yahoo.com atau pmram1930@yahoo.com atau suagung@pmram.org atau boleh terus menghantar usul tersebut ke pejabat PMRAM. Pihak PMRAM amat mengalu-alukan bagi mereka yang ingin menghantar usul kepada pihak pentadbiran PMRAM untuk dibawa ke persidangan muktamar yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei 2011.

BKAN Melaka Terus Dipertahan

Posted by UPP DPMZ On 12:18 AM

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, yang telah menjadikan setiap sesuatu itu lengkap dengan hikmahnya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.

Friday, April 22, 2011

Rasa Syukur Terzahir Dalam MUBARAK '11

Posted by UPP DPMZ On 8:40 PM

ZAGAZIG, 16 April - Berikutan sekembalinya mahasiswa Malaysia ke Zagazig untuk menyambung kembali tugas sebagai penuntut ilmu Allah di bumi Anbiya' ini selepas proses evakuasi baru-baru ini, DPMZ dengan kerjasama PCZ melalui Jabatan Fasilitator mengambil inisiatif untuk menzahirkan rasa syukur atas ketentuan ilahi ini dengan menganjurkan Majlis Kenduri Kesyukuran & Slot Penerangan Revolusi Mesir (MUBARAK '11).

Wednesday, April 20, 2011

Lagi Sistem Pengurusan Visa Yang Baru

Posted by UPP DPMZ On 2:51 PM

ZAGAZIG, 19 April - Selepas menerima beberapa aduan daripada ahli berkenaan masalah pengurusan visa yang berlaku kini, pihak DPMZ mengambil inisiatif untuk menghantar wakil bagi mengadakan perjumpaan dengan wakil pihak imigresen Zagazig.

Hasil perjumpaan dan perbincangan Ketua Unit Pengetahuan Dan Pendidikan, Saudara Muhamad Zainullah Bin Mohd Pauzi bersama wakil imigresen tersebut, pihak imigresen menerangkan beberapa sistem baru yang perlu diambil perhatian oleh semua warga Malaysia yang ingin mendapatkan visa:

Pengerusi DPMZ - Ahli Perlu Lebih Waspada Isu Keselamatan

Posted by UPP DPMZ On 2:02 PM



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji kita panjatkan kepada Allah s.w.t. kerana limpahan rahmat dan ‘inayah-Nya kita selamat kembali ke Mesir setelah berlakunya Revolusi atau Hari Kebangkitan seluruh rakyat Mesir pada tarikh bersejarah 25 Januari 2011. Kita seharusnya sedar bahawa kita adalah insan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk kembali meneruskan perjuangan dan pengajian di bumi Anbiya’ ini dengan menimba ilmu sebanyak yang mungkin untuk dibawa pulang ke tanah air.

Monday, April 18, 2011

Makluman Majlis Solat Sunat Hifzi Berjemaah

Posted by UPP DPMZ On 2:48 PM


Bersempena musim peperiksaan yg bakal menjelma tidak lama lagi, pihak DPMZ mengambil inisiatif untuk menganjurkan Majlis Solat Sunat Hifzi pada setiap hari Isnin dan akan bermula pada hari ini, 18 April selepas solat Isya'.

Ia akan dilaksanakan di Masjid Salam bagi ikhwah manakala Dewan Darul Wehdah bagi akhwat.

Marilah sama-sama kita perkasakan & perbaiki ibadah kita kpdNya.

Harap maklum dan sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain.

PMRAM Membidas Tuduhan Mahasiswa Mesir Lemah Bahasa Arab

Posted by UPP DPMZ On 12:28 PM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) membidas tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak mengenai mahasiswa/wi Malaysia yang menuntut pengajian di Mesir khususnya di Universiti Al-Azhar lemah dalam berbahasa Arab.

Baru-baru ini juga kenyataan tersebut dimainkan di peringkat Malaysia apabila Datuk Khalid Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan peperiksaan kelayakan (Imtihan Qabul) akan diadakan di Malaysia bagi mana-mana individu yang mahu melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

Sunday, April 17, 2011

Jaulah Ke Zagazig, PMRAM Terus Dihati Ahli

Posted by UPP DPMZ On 2:23 PM

 


ZAGAZIG, 13 April - Seluruh kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang diketuai saudara Shahrizan Mohd Hazime terus melaksanakan agenda mendekati ahli pada hari ketiga dengan mengadakan majlis ramah mesra bersama PMRAM di bumi Syarqiyah.

Sahabat