Tuesday, November 29, 2011

KENYATAAN RASMI MENGENAI SUKAN WAKTU MALAM

Posted by UPP DPMZ On 6:15 PM No comments



                               Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang dalam melaksanakan tugas selaku hamba , selawat dan salam buat Junjungan Besar   Baginda SAW sebagai ikutan dan tauladan ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat yang bersama-sama dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan tribulasi yang mendatang.


     Firman Allah SWT di dalam surah Al-Angkabut :( 69 ) yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya”.

Islam sangat menitikberatkan akan kekuatan jasad kerana ia adalah salah satu sifat individu muslim yang sejati. Oleh hal yang demikian salah satu perkara yang sangat ditekankan diperingkat Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig dalam melahirkan individu muslim yang sejati ialah melaksanakan aktiviti-aktiviti kesukanan yang mampu untuk merealisasikan ukhwah sesama mahasiswa/wi khususnya di Zagazig. 


Walau bagaimanapun bermula pada tahun 2007, Negara Mesir pada waktu itu telah digemparkan dengan satu kejadian bunuh yang telah dilakukan oleh warga Malaysia yang menyebabkan pihak keselamatan Mesir  telah mengetatkan kawalan terhadap pelajar asing khususnya pelajar-pelajar Malaysia.

    Sehubungan dengan itu , beberapa ketetapan terhadap pelajar Malaysia telah dikeluarkan oleh pihak Keselamatan Zagazig bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Zagazig dalam keadaan yang baik. pihak DPMZ cuba menghadkan aktiviti bersukan kepada ahli iaitu bersukan hanya pada waktu siang sahaja. Mahasiswa bebas memilih sukan yang ingin dilakukan pada tempoh tersebut.

Ketetapan ini telah diteruskan beberapa tahun sehinggalah berlakunya revolusi 25 Januari di Negara Mesir yang menyebabkan akhirnya rejim Husni Mubarak meletakkan jawatan selaku Presiden Mesir selama 30 tahun. Walau bagaimanapun , pihak DPMZ masih lagi mengekalkan hubungan yang baik bersama Pihak Keselamatan Zagazig demi memastikan kebajikan mahasiswa/wi terus terjaga. 

    Bagi memastikan kehendak ahli dilaksanakan , pihak DPMZ telah mengadakan perbincangan bersama dengan Pihak Keselamatan Zagazig berkenaan aktiviti sukan pada waktu malam memandangkan keadaan mesir ketika ini lebih bersikap terbuka dan juga ia merupakan ketetapan daripada pihak keselamatan tidak membenarkan ahli untuk bersukan pada waktu malam atas faktor keselamatan.

    Hasil daripada perbincangan tersebut , pihak keselamatan Zagazig telah melonggarkan  syarat yang telah ditetapkan berkenaan aktiviti sukan pada waktu malam.  Oleh hal yang demikian , pihak DPMZ telah menetapkan bebearapa perkara supaya kelonggaran yang diberikan tidak dijadikan sebagai batu loncatan oleh ahli dalam memastikan kehendak dipenuhi dan juga demi memastikan manfaat bersama :

1) Sebarang urusan yang berkaitan aktiviti sukan perlulah dimaklumkan kepada pihak DPMZ iaitu tempat  dan masa supaya setiap aktiviti berada di bawah makluman DPMZ.

2) Sebarang urusan yang berkaitan tempahan padang mestilah di bawah pantauan DPMZ.  
 ( Berdasarkan kepada kes-kes yang telah berlaku antara pelajar Malaysia dan warga arab ).

3) Aktiviti sukan pada waktu malam selewat-lewatnya berakhir pada jam 11 malam. Tidak melebihi daripada waktu tersebut berdasarkan kepada faktor Negara Mesir yang masih lagi bergolak.

4) Aktiviti sukan pada waktu malam mestilah tidak bertembung dengan program-program yang telah ditetapkan seperti kelas pengajian tafaqquh.

5) Dilarang mengadakan perlawanan persahabatan mana-mana sukan bersama dengan warga arab. ( Ketetapan daripada pihak keselamatan Zagazig ).

6) Tidak menyertai mana-mana aktiviti sukan yang dilakukan oleh warga arab. 

7) Sebarang permasalahan yang berkaitan keselamatan khususnya mestilah terus dimaklumkan kepada Pengerusi DPMZ.

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas , pihak DPMZ sangat menekankan kepada konsep sukan itu sebagai wasilah dalam melahirkan ahli yang mempunyai kekuatan jasad dan juga mampu melaksanakan tugas sebagai seorang ahli. Masalah-masalah yang telah berlaku tidak akan dapat diselesaikan melainkan kerjasama yang baik diantara pimpinan dan ahli. Diharapakan , ia mampu memberi peluang kepada ahli dalam meningkatkan gerak kerja dalam membantu DPMZ supaya survival kesatuan Islam itu terus utuh di bumi Zagazig.


Disediakan oleh ,
Mohd Zainullah Bin Mohd Pauzi ,
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012

0 comments:

Sahabat