Tuesday, June 29, 2010

Tautan Hati Menghadap Ilahi Di Qiamullail Perdana DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 11:45 PM


Pada hari Khamis iaitu 1 Julai 2010 ini, UDPI DPMZ akan mengadakan Qiamullail Perdana bertempat di Dewan Darul Wehdah. Sahabat-sahabat ikhwah diminta untuk bermalam di Dewan Darul Wehdah bermula jam 11.00 malam. Anggota Badan Pengurus Angkat bagi Zagazig akan turut bersama kita pada malam tersebut. Kehadiran sahabat-sahabat amatlah dialu-alukan bagi kita sama-sama mencari keberkatan dan keredhaan Allah.

Wednesday, June 23, 2010

Perhatian!! Sila Dapatkan Visa Pelajar.

Posted by UPP DPMZ On 2:06 PM

 Assalamualaikum w.b.t. Kami ingin mengambil perhatian kepada semua mahasisiwa mahasisiwi Al-Azhar dan juga perubatan Zagazig yang akan pulang ke Malaysia pada tahun ini, sekiranya antum pernah membuat urusan untuk mendapatkan visa pelajar pada tahun ini dan masih belum mendapatkan cop visa tersebut, sila dapatkannya segera di Pejabat Jawazat Zira'ah sebelum antum pulang ke Malaysia. 

Monday, June 21, 2010

Gerakan Mahasiswa: Berani Atas Dasar Kefahaman

Posted by UPP DPMZ On 9:11 AM




shah 1.jpgAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan bagi sekalian makhluk. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Keberanian merupakan akhlak yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai salah satu sifat orang mukmin. Berani yang dimaksudkan oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran serta berani untuk mencegah kebatilan.

Tetapi malangnya, sesetengah mahasiswa Islam tidak memahami konsep sebenar keberanian yang diajar oleh Islam. Mereka berani menyatakan kebenaran, tetapi tidak berani mencegah kebatilan yang berlaku di sekeliling. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan tarbiyah.

Isu Gangguan : DPD PPMI Indonesia Sedia membantu.

Posted by UPP DPMZ On 9:08 AM



  04 Jun 2010 Jumaat.  telah diadakan perbincangan dua hala antara PMRAM cawangan Zagazig bersama DPD PPMI Indonesia bersama wakil Organisasi Perubatan Zagazig. Perjumpaan yang diadakan ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan serta bentuk kerjasama yang akan dilakukan bersama dalam menanggani permasalahan hisbah dan keselamatan mahasiswa Malaysia yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

Friday, June 4, 2010

Lagi Ganggun Arab.

Posted by UPP DPMZ On 11:53 PM

 Gambar Hiasan

Baru-baru ini pihak DPMZ telah mendapat laporan berkenaan ganguan arab yang telah dilakukan terhadap akhawat Malaysia. Tindakan yang tidak bermoral itu telah dilakukan di dalam tramco ketika akhawat berkenaan bersama rakannya dalam perjalanan pergi ke Mahattoh Zagazig. Ini adalah kes yang ke tiga dilaporkan sekitar dua bulan ini.

Sahabat