Posted by UPP DPMZ
On 4:40 PM
Assalamualaikum wbt. Segala puji pujian bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, para tabi' tabi'in dan sahabat-sahabat seperjuangan yang menegakkan kalimah Allah hingga ke hari akhirat kelak.
Sejak kebelakangan ini kita telah dilanda dengan pelbagai isu yang menyentuh senstiviti kita selaku mahasiswa di bumi anbiya ini. Diantaranya :
Pertama : Isu fitnah terhadap Pengerusi DPMT. Isu ini telah kita suarakan kebersamaan kita dalam menyelar tindakan tidak bertanggungjawap seorang pegawai JPMK iaitu Encik Khairi Jalaluddin dan menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi Tanta di atas fitnah yang telah dilemparkan.
Posted by UPP DPMZ
On 8:26 AM
Sejak kebelakangan ini kes-kes yang melibatkan hisbah dan keselamatan semakin membarah, terdapat banyak kes yang melibatkan akhwat Malaysia yang dicabul oleh warga arab yang tidak bertanggungjawap.
Sehubungan dengan itu pihak DPMZ melalui salurannya Unit Hisbah DPMZ telah menetapkan beberapa ketetapan sebagai langkah pencegahan yang perlu diambil perhatian lebih oleh seluruh warga Zagazig terutamanya akhawat supaya kes keselamatan dan hisbah tidak berulang lagi.
Berikut adalah ketetapan yang telah dibuat :
Posted by UPP DPMZ
On 8:57 PM
Forum Pendidikan Gegar Imtihan 10’
“Kecemerlangan Mahasiswa Kebanggaan Ummah”
Tempat : Rumah Selangor Hayyu 10.
Tarikh : 28hb April 2010 (14hb Jamadil awal 1431)
Hari : Rabu.
Masa : Selepas Maghrib.
PENGERUSI FORUM : Us. Majdi Bin Zakaria.( Penerima anugerah emas PMRAM 09 )
PANEL FORUM
: Saudari Aimi Mohd Suyat (Fakulti Syariah)
Ahli Lembaga Penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
: Saudara Muhammad Hanif Jamaluddin (Fakulti Bahasa Arab)
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ)
:Saudara Basir Mohamed (Fakulti Usuluddin)
Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM)
: Saudara Mohd Fikri Hamzah (Fakulti Dirasat)
Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP)
* Terbuka kepada semua mahasiswa mahasiswi yang berada dibumi Mesir ini. Bersama kita gegar semangat kita untuk memperoleh kejayaan yang terbaik dalam imtihan..
Posted by UPP DPMZ
On 8:34 AM

DPMZ turut berasa amat kesal dengan tuduhan yang tidak bertanggungjawap oleh seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) iaitu Encik Khairi Jalaluddin. Tuduhan yang dilemparkan terhadap Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta, Saudara Dzulhilmi bin Roslan adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
Tuduhan yang dilemparkan tanpa usul periksa dengan menyatakan bahawa Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta mengaku sebagai wakil kedutaan adalah satu tuduhan yang sangat tidak realistik dan mencalar imej seorang pimpinan mahasiswa.
Posted by UPP DPMZ
On 5:59 PM
Sumber : www.pmram.org
PMRAM melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap tuduhan melulu yang dilakukan oleh salah seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) iaitu Encik Khairi Jalaluddin.
Tuduhan yang dilakukan terhadap Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta, Saudara Dzulhilmi bin Roslan itu sebenarnya boleh mencalarkan maruah seorang pimpinan mahasiswa. Apatah lagi tuduhan tersebut disebarluaskan melalui jaringan 'facebook'.
Posted by UPP DPMZ
On 10:28 PM
Berdisiplin.... Perwakilan Zagazig bersedia sebelum bermulanya sesi muktamar
DEWAN NADI RIYADI, HAYYU SADIS, KAHERAH, 13 APRIL 2010 : Muktamar Sanawi PMRAM Ke-77 telah dilangsungkan dengan jayanya di sebuah dewan tertutup di Hayyu Sadis, Kaherah.Perwakilan Zagazig telah disertai oleh seramai 32 orang ahli.Seramai 400 perwakilan mahasiswa dan 300 perwakilan mahasiswi menyertai muktamar kali ini.Sesi muktamar telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan ucapan perasmian oleh Presiden PMRAM, Us Abdul Muizz Muhammad.Di dalam ucapannya, beliau berharap seluruh perwakilan dapat memberikan komitmen terbaik sepanjang sesi muktamar berlangsung.
Posted by UPP DPMZ
On 10:20 PM
Terbaik..... Perwakilan Zagazig diisytiharkan sebagai DPM dan Perwakilan Terbaik pada
Muktamar Sanawi PMRAM Ke-77
DEWAN NADI RIYADI, HAYYU SADIS, KAHERAH, 13 APRIL 2010 : Perwakilan Zagazig telah diumumkan sebagai DPM Terbaik sepanjang sesi 2009 dan Perwakilan Muktamar 2010 Terbaik.Dengan ini bermakna Perwakilan Zagazig berjaya mengekalkan anugerah yang telah diperolehi pada Muktamar Sanawi PMRAM pada tahun lepas.Turut serta ialah Perwakilan Perak yang mengekalkan Anugerah BKAN Terbaik.Perwakilan Terengganu diumumkan Perwakilan BKAN Terbaik serta Perwakilan Kedah dan Mansurah bagi kategori perwakilan mahasiswi.Tahniah diucapkan kepada para perwakilan dan seluruh warga Zagazig.Semoga kejayaan yang diraih menambahkan kecintaan kita kepada kesatuan mahasiswa bersama PMRAM.
Posted by UPP DPMZ
On 7:43 PM
Posted by UPP DPMZ
On 4:57 AM
Kempen 'MUMTAZ 100%' ini mengajak anda semua bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang dengan mencapai keputusan MUMTAZ 100%... InsyaAllah, amin ya rab.
Posted by UPP DPMZ
On 1:11 PM

Kolukium Ilmuan siri yang ke 3 kembali lagi dengan pengisian yang lebih mantap dan bertenaga. Program yang sangat penting dalam membina generasi pelapis Islam yang berjaya ini akan dimulakan dengan pendaftaran pada jam 3.30 petang dan seterusnya akan diteruskan dengan diskusi kitab " Hatta Ya'lamu Syabab " karangan Fadilatul Syekh Abdullah Nasih Ulwan yang akan dibentangkan oleh Al-Fadhil Ust Mukhri. Selepas solat Maghrib program akan dihebatkan lagi dengan forum yang menggabungkan pengerusi DPMZ dari empat zaman yang berbeza, mereka yang dimaksudkan ialah Ust Zaidan Abu Samah ( Mantan pengerusi DPMZ sesi 06/07 ) Ust Mumtaz Harun ( Mantan pengerusi DPMZ sesi 07/08 ) Ust Faizuddin Ghazali ( Mantan Pengerusi sesi 08/09 ) dan akan dipengerusikan oleh Ust Hanif Jamaluddin ( Pengerusi DPMZ sesi 09/10 ). Forum yang bertajuk "kepentingan melibatkan diri dalam amal ijtimai " pasti akan memberikan impak yang terbaik dalam memberi kefahana kepada mahasiswa mahasiswa akan peranan kita di bumi anbiya ini.
Posted by UPP DPMZ
On 11:18 PM
HAYYU ZUHUR, KAHERAH, 4 APRIL 2010 : Seorang mahasiswa Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kaherah Tahun 3 mengalami kemalangan pada jam 12.15 tengahari sebentar tadi di Jalan Imarah Syurtah, Hayyu Zohor, Kaherah. Mangsa, Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin,berasal dari Perak meninggal dunia ketika sampai di Hospital.Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tadi oleh pihak hospital.Turut berada di hospital, Ustaz Abdul Muizz Muhammad, Presiden PMRAM dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Prof Jamil bin Hasyim.