Thursday, October 29, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Senarai Nama Muqabalah Dengan Amnu Daulah
Posted by UPP DPMZ
On 8:41 PM
Berikut adalah senarai nama bagi pelajar yang akan berjumpa dengan Amnu Daulah bersama dengan pengerusi DPMZ bagi urusan VISA.
Sila bawa
-salinan passport,
-salinan visa
-alamat rumah
-tasdiq kuliah
-passport.
Sila berkumpul di depan bank NSGB ( kubri arabi ) pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
1) Khamis 29 Oktober 2009
Jam 11 pagi
- Nur Aizah
- Nurul Husna Abd Rauf
- Nur Farihah Mukhtar
- Nur Zahidah Othman
- Mariam Jamilah Abd Hamid
- Azhani Nurlini
2) Sabtu 31 Oktober 2009
Jam 11 pagi
- Siti Asiah
- Wan Munira Wan Mohd Mahyuddin
- Nur Hidayah Idris
- Hamidah sahak
- Nur Azmatul Alit
- Nut Atiqah Anuar
3) Ahad 1 November 2009
Jam 12 tgh hari
- Faiz Ibrahim
- Imran
- Ahmad Syahir hakim
- Muhammad Izham Syahrin
- Khairul Anam
- Muhaimin Yahya
- Nadha
Sebarang Masalah sila hubungi pengerusi DPMZ.
ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BAGI DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA ZAGAZIG SESI 2008/2009
Posted by UPP DPMZ
On 3:26 PM
Thursday, October 22, 2009
Kejayaan Kutub Sittah Bukti Keutuhan PMRAM
Posted by UPP DPMZ
On 8:29 PM
al-Allamah Syeikh Dr. Ali Jumuah & PMRAM
Perancangan Allah s.w.t maha hebat. Melalui keberkatan hadis Rasulullah s.a.w. dengan keberkatan usaha menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan meyakini janji Rasulullah s.a.w bahawa Allah akan memudahkan jalan ke syurga bagi mereka yang membuka jalan dalam menuntut ilmu, Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri pertama anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berjaya dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang bersama para masyaikh walaupun dirintangi pelbagai onak duri, dugaan dan bermacam-macam cabaran sebelum dan semasa perjalanan majlis.
Segala rintangan dan dugaan yang menimpa sebelum bermula dan sepanjang Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menjadi wadah dan menaungi anak-anak Melayu di Mesir lebih matang dalam mendepani isu dan cabaran. Sebagai sebuah pertubuhan yang telah bertapak di bumi Mesir sejak tahun 1930, komitmen dan keteguhan serta kepercayaan setiap ahli kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah yang menjadi tulang belakang Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bagi menjayakan setiap majlis dan program yang dianjurkan. Sebagai bukti, kejayaan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh al-Azhar siri pertama yang berakhir semalam adalah sebagai lambang perpaduan dan menjadikan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir tetap utuh sebagai wadah mahasiswa Mesir.
Sesuatu yang cukup manis buat Pesekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan semua peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah kerana para masyaikh al-Azhar memberikan sepenuh komitmen demi mencurahkan ilmu serta menjayakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri pertama. Lebih bermakna buat semua apabila al-Allamah Mufti Mesir turut bersama dalam majlis penutup Pembacaan Kutub Sittah ini. Harapan yang cukup tinggi daripada semua masyaikh agar kita tetap bersama menghidupkan majlis ilmu, menyemarakkan cinta kepada Rasulullah s.a.w dan dapat meneruskan majlis-majlis ilmu sebegini pada masa akan datang.
dipetik dari laman web rasmi kutub sittah...
dipetik dari laman web rasmi kutub sittah...
Jayakan Misi Syaqah PMRAM 2009
Posted by UPP DPMZ
On 12:20 AM
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan bagi semesta alam yang telah memberikan kita nikmat yang cukup mahal iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.Selawat dan Salam buat Rasul junjungan yang telah memberikan seluruh kehidupannya untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para Sahabat Nabi SAW dan insan-insan yang mengikuti jejak langkah mereka di sepanjang zaman.
Tanggungjawab yang telah ditaklifkan ke atas saya selaku Timbalan Setiausaha (Unit Kebajikan dan Kemanusiaan) Dewan Perwakilan Mahasisiwa Zagazig Sesi 2009/2010 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DPMZ di atas keizinan untuk saya memberi sedikit kalam ringkas mengenai Misi Dana Syaqah PMRAM.
Sahabat-sahabat sekalian,
Seperti mana yang kita sedia maklum, pada tanggal 26 Mac 2009 di dalam Muktamar Sanawi PMRAM Ke-76 seluruh ahli PMRAM telah sebulat suara dan bersepakat ke atas usul untuk menjayakan pembelian syaqah PMRAM pada akhir tahun 2009 ini.Justeru itu, sebuah unit dibentuk di bawah Naib Presiden 3 (Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan) PMRAM iaitu Unit Dana Syaqah (UDS) bertujuan untuk merancang gerak kerja bagi menjayakan misi ini dengan dibantu menerusi seluruh Unit Kebajikan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasisiwa/wi (DPM) yang bernaung di bawah PMRAM.
Antara hadaf utama Misi Syaqah PMRAM dilaksanakan :
1. Melicinkan perjalanan pentadbiran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
2. Mengurangkan perbelanjaan bagi kos bayaran sewa pejabat dan urusan kepejabatan.
3. Mempunyai hak mutlak di atas pengurusan pejabat Persekutuan Melayu Arab Mesir.
Menerusi persepakatan ahli PMRAM pada Muktamar itu juga telah tercetus penawaran mekanisma pembayaran seperti berikut :
1. Pembayaran LE 300 secara tunai bagi yang barkemampuan.
2. Pembayaran ansuran selama 3 bulan jika kurang kemampuan secara tunai.
3. Pembayaran ansuran sehingga Disember 2009 jika kurang kemampuan 3 ansuran bulan.
4. Pembayaran ansuran mengikut kadar kemampuan individu bagi yang kurang berkemampuan.
Sahabat-sahabat sekalian,
Marilah kita sama-sama melahirkan rasa tanggungjawab di dalam diri masing-masing sebagai ahli PMRAM.Selama ini PMRAM telah banyak menabur jasa dan menjadi persatuan utama bagi menjaga kebajikan mahasiswa/wi di bumi Mesir ini.Justeru itu, marilah sama-sama kita menyumbang bagi membantu PMRAM ke arah merialisasikan Misi Syaqah PMRAM 2009 ini.Semoga secebis sumbangan yang kita salurkan diambil kira oleh Allah SWT dan menjadi saham serta bekalan di akhirat kelak.
Ingatlah bahawa pahala suatu amal yang baik seringkali dilipatgandakan, bahkan bila sedekahnya dalam bentuk wakaf, maka pahalanya akan terus mengalir meskipun pelakunya sudah wafat, Rasulullah SAW bersabda:
اِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ
Apabila anak Adam wafat, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, yakni sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya (HR. Muslim)
Akhirnya , saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan semoga hasil usaha dan sumbangan yang kalian hulurkan diterima di sisi Allah dan semoga Misi Syaqah PMRAM 2009 akan membuahkan hasil dengan tercapainya pembelian sebuah syaqah pada hujung tahun 2009 ini, InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Wasalam.
Disediakan oleh :
Timbalan Setiausaha Agung,
(Unit Kebajikan & Kemanusiaan)
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2009/2010.
Friday, October 16, 2009
Sukan Asean 2009 Menaut Ukhuwwah Mahasiswa Malaysia-Indonesia
Posted by UPP DPMZ
On 2:33 PM
Aksi Perlawanan Akhir yang dimenangi Malaysia A
ISTAD SYARQIAH, DEWAN DAR SALAM & ISTANA NEGARA, 13-14 Oktober 2009 : Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah menganjurkan Sukan Asean 2009 bersama-sama DPD-PPMI Zagazig.Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama mahasiswa Islam Asia Tenggara.Majlis Perasmian telah diadakan pada 13 Oktober 2009 di Istad Syarqiah pada jam 6.30 pagi dengan pelancarannya disempurnakan oleh wakil BP PMRAM, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh. Bola sepak menjadi acara pembukaan bagi kejohanan kali ini.DPMZ telah menghantar 3 pasukan iaitu Malaysia A, B dan C.DPD juga menghantar jumlah penyertaan yang sama.Acara dijalankan secara liga di dalam 2 kumpulan.Perlawanan Separuh Akhir 1 menemukan Malaysia B dengan Indonesia B yang berkesudahan dengan kemenangan Indonesia B melalui sepakan penalti 4-2 setelah kedudukan seri 1-1selepas tamat masa sebenar perlawanan.Malaysia A pula tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Indonesia C 3-0 pada dalam aksi Separuh Akhir 2.Perlawanan Akhir dimenangi oleh Malaysia A setelah menumbangkan Indonesia B 4-0.
Pemain Malaysia A beraksi menentang Indonesia A
Hari Kedua pula dimulakan dengan acara Bola Tampar pada jam 7 pagi dengan Malaysia dan Indonesia menghantar 2 pasukan.Pertandingan dijalankan secara pusingan "round robin".Pasukan Malaysia A akhirnya memenangi acara ini setelah mengenepikan cabaran 3 pasukan yang lain.Acara Ping Pong dimenangi oleh pasukan Indonesia yang yang juga menewaskan 3 pasukan yang lain.Acara Dewan PES 09 dan Catur berlangsung di Dewan Dar Salam
Sementara itu, acara PES 09 dimenangi oleh peserta Indonesia Ustaz Ekta Yuda Perdana selepas mengalahkan peserta Malaysia Ustaz Aiman Kamaluddin dalam perlawanan akhir.Perlawanan berlangsung sengit dengan peserta Indonesia yang menggunakan Chelsea berbalas serangan dengan peserta Malaysia yang menggunakan Inter Milan.Perlawanan dilanjutkan sehingga ke masa tambahan setelah kedudukan seri 4-4.Peserta Indonesia akhirnya memenangi acara ini dengan menjaringkan 2 gol tambahan.Seorang lagi peserta Malaysia , Ustaz Fauziy Ishak mendapat tempat ketiga. Majlis Penutup diadakan pada jam 7.30 malam dan dirasmikan oleh Ketua DPD Ustaz Ekta Yuda Perdana.Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang.Malaysia telah diumumkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan pada edisi kali ini.DPMZ berharap kejohanan ini dapat meneguhkan ukhuwwah sesama mahasiswa.Insya Allah DPMZ bersama DPD akan merencana serta mengadakan lebih banyak program yang memberi manfaat kepada mahasiswa kedua-dua negara pada masa hadapan.
Monday, October 12, 2009
Berita Tergempar : 7 Ahli DPMZ Terlibat Dalam Kemalangan
Posted by UPP DPMZ
On 12:11 PM
LEBUHRAYA SYARQIAH-KAHERAH, Ahad, 11 Ogos 2009 : Seramai 7 orang ahli DPMZ telah terlibat di dalam sebuah kemalangan melibatkan tremco yang dinaiki oleh mereka dan sebuah lori treller.Mereka yang terlibat adalah mahasiswa Perubatan Syamsul Bakri (Ketua Organisasi Perubatan Zagazig), Abdul Hadi Mohd Zuki (AJK OPZ), Abdul Hakim dan Wan Zaimu Nazmeer serta mahasiswa Pengajian Islam iaitu Solihuddin Mohd Jahar(Timbalan Pengerusi DPMZ), Muhd Alhidayat Khalid dan Anas Zharif Harun (AJKT DPMZ).Tremco yang dinaiki mereka bertolak sekitar jam 6 malam dan bahagian hadapan tremco tersebut remuk dirempuh lori treller.Kesemua penumpang dipercayai terselamat.Dr Syamsul Bakri mengalami kecederaan di leher serta mukanya dan kini sedang berada di Hospital Universiti Zagazig dan 3 orang yang lain hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Hamdi Said dan dijangka akan keluar pada hari ini.Marilah kita mendoakan agar kesemua mereka yang terlibat disembuhkan oleh Allah.
Saturday, October 10, 2009
Kenangan Manis Jaulah Makam Auliya` Tanta-Iskandariah 2009
Posted by UPP DPMZ
On 7:29 PM
Para peserta bergambar di hadapan Masjid Nabi Daniel As
TANTA-ISKANDARIAH, Khamis, 8 Oktober 2009 : Unit Sambutan Dan Rehlah DPMZ telah mengadakan Jaulah Ke Makam Auliya` (Wali Allah) dengan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan mencari keredhaan Allah di muka bumi ini, memberi keinsafan kepada para peserta melalui kisah keramat para wali Allah serta mempelajari sejarah kebudayaan tamadun Mesir yang agung.Jaulah ini disertai oleh 24 orang termasuk musyrif iaitu Ustaz Saiful Azim.2 buah van telah disewa bagi perjalanan kali ini.
Perjalanan telah bermula pada jam 7 pagi menuju ke Tanta untuk melawat makam wali-wali Allah di sana.Para peserta tiba di sana sekitar jam 8.30 pagi dan dibawa melawat makam di Masjid Syed Badawi yang terletak di Awal Bahr.Syed Badawi merupakan Imam bagi Tarekat Syazuliah iaitu sebuah kumpulan Sufi yang terkenal di bumi Mesir.Beliau digelar Syed Badawi kerana menutup wajahnya yang amat bercahaya dan diriwayatkan sesiapa yang melihat wajahnya pasti akan pengsan kerana `nur` yang terpancar dari wajahnya.Beliau juga menyertai Perang Salib di Mansurah.Semasa hayatnya, beliau telah berjaya mengubah Tanta menjadi sebuah kota perdagangan.Selain itu, terdapat juga makam para pengikutnya yang lain seperti Syed Mujahid dan banyak lagi serta tapak kaki dan rambut Rasulullah di masjid tersebut.
Ekspedisi ini diteruskan lagi dengan perjalanan ke Iskandariah dan tiba di sana pada waktu Zohor.Iskandariah merupakan sebuah kota lama dan telah dibuka oleh Alexander Yang Agung semasa tenteranya menakluk Mesir.Iskandariah merupakan bandar yang cantik serta tersusun dan pernah menjadi ibu negara Mesir sebelum Kaherah.Para peserta dibawa mengunjungi muzium serta Qalàh(Kubu) Qaitbay yang berada di persisiran pantai.Kubu ini dibina untuk melindungi Mesir dari serngan angkatan laut Salib.Perjalanan diteruskan lagi ke makam wali Allah yang berada di masjid berdekatan.Antaranya ialah makam Syed Makinuddin Al-Asmar, Abu Abbas Said Al-Mursi yang berasal dari Andalus, Syed Yakut Al-Arasy iaitu anak murid Syed Abbas Said Al-Mursi yang diriwayatkan laungan azannya didengari sehingga ke arasy, makam Saidina Ali Zainal Abidin iaitu cicit Rasulullah SAW dari keturunan Saidina Ali Karamullah Wajhah, makam 12 wali dan banyak lagi.Setiap wali mempunyai karamah tersendiri yang dikurniakan oleh Allah dan di antaranya ialah bertemu Rasulullah SAW secara `Yaqazah`.Peserta juga dibawa ke makam Nabi Daniel AS dan Luqman Al-Hakim serta makam sahabat Nabi iaitu Abi Darda` r.a dengan menaiki `gonggok` iaitu kereta api elektrik di Iskandariah.
Selepas itu, para peserta dibawa menuju ke Maktabah (perpustakaan) Iskandariah yang dicatatkan sebagai di antara perpustakaan yang terbesar di dunia.Perpustakaan ini menjadi tumpuan pelancong asing serta pelajar universiti.Perpustakaan ini menyimpan banyak buku bagi semua bidang serta artifak sejarah seperti mesin cetak lama, rekod catatan lama dan banyak lagi.Para peserta kemudiannya dibawa ke Masjid Syed Basyr dan seterusnya pulang ke Zagazig pada jam 7.00 malam dan tiba pada jam 10.20 malam.DPMZ berharap para peserta jaulah pada kali ini dapat mendapat pengalaman berharga serta menjadikan kisah para wali Allah sebagai pedoman buat diri sendiri.
Wednesday, October 7, 2009
Perkembangan Terkini Mangsa Gempa Bumi Padang, Indonesia
Posted by UPP DPMZ
On 12:23 PM
PADANG, SUMATERA, INDONESIA : Sekurang-kurangnya 200,000 rumah dilaporkan rosak akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Ritcher yang melanda Indonesia minggu lalu dengan hampir separuh daripadanya musnah teruk dalam kejadian itu.Berdasarkan anggaran lima orang bagi setiap isi rumah, Palang Merah berkata lebih satu juta penduduk terjejas secara langsung berikutan kerosakan rumah mereka.Ketua Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di Indonesia, Bob McKerrow, berkata pihaknya menganggarkan antara 170,000 hingga 200,000 rumah rosak, 90,000 daripadanya musnah teruk.Sementara angka kematian pula dijangka menjangkaui angka 3,000 orang. Perkembangan terkini dari Padang melaporkan usaha menyelamat mangsa gempa kini bertukar menjadi usaha membantu ribuan mangsa yang kehilangan kediaman.Selain itu, pekerja kesihatan menyembur seluruh Padang semalam dengan kimia anti jangkitan untuk mengelakkan penularan wabak penyakit ke seluruh wilayah yang mempunyai 900,000 penduduk itu.Seluruh penduduk juga diberikan suntikan vaksin untuk mengelakkan jangkitan wabak penyakit.Bantuan kemanusiaan seperti makanan dan keperluan asasi pula lambat tiba disebabkan skala bencana, hujan lebat dan kerosakan jalan raya menyebabkan para mangsa kelaparan buat seketika waktu.
Gempa bumi berukuran 7.6 Richter telah berlaku pada 1 Oktober lalu serta mengakibatkan gegaran turut dirasai di Jambi, Bengkulu, Riau, Jakarta serta Semenanjung Malaysia.Kerajaan Malaysia telah menghantar pasukan menyelamat serta bantuan kemanusiaan ke Padang serta akan membawa pulang pelajar Malaysia yang terperangkap di Padang.Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita di Padang supaya mereka tabah dan cekal menghadapi musibah yang melanda.Takziah diucapkan kepada mangsa yang terlibat.
Friday, October 2, 2009
3 Oktober 2009 - Tarikh Permulaan Sesi Perkuliahan Bagi Universiti Al-Azhar Dan Universiti-Universiti Di Sekitar Mesir
Posted by UPP DPMZ
On 10:05 PM
Setelah sekian lama bercuti, kini sesi perkuliahan di Universiti Al Azhar akan membuka tirainya tidak berapa lama lagi. Tarikh 3 Oktober 2009 merupakan tarikh rasmi permulaan sesi perkuliahan Universiti Al Azhar serta universiti-universiti yang berada di sekitar negara Mesir. Kenyataan ini telah dibuat di beberapa akhbar terkemuka di Negara ini. Justeru, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengucapkan selamat menjalani sesi baru perkuliahan untuk sesi 2009/2010. Pihak PMRAM juga mengharapkan agar semua mahasiswa/wi Malaysia memanfaatkan waktu yang sebaiknya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah. Selain itu, pihak PMRAM amat mengharapkan agar mahasiswa/wi tidak leka dan culas terhadap apa jua urusan pendaftaran sesi baru dan diharapkan agar dapat membuat urusan seawal mungkin bagi mengelakkan mengganggu waktu perkuliahan yang berjalan. Semoga dengan kehadiran sesi perkuliahan yang bakal menjelang ini dapat memberikan momentum terbaik untuk kita berjaya dunia dan akhirat.Sumber : www.pmram.org |
Mahasiswa Mesir Memeriahkan HATI PMRAM Di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah.....
Posted by UPP DPMZ
On 9:59 PM
Sumber : www.pmram.org
Futsal Rakan Muslim-Smart Circle Gabungan Syawal 1430H/2009
Posted by UPP DPMZ
On 11:58 AM
Para peserta Futsal Rakan Muslim-Smart Circle Gabungan bersama-sama meneguhkan ukhuwwah
ISTAD GAM`AH, 25 September 2009/6 Syawal 1430H : Sukan Futsal Rakan Muslim-Smart Circle Gabungan anjuran bersama Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan dan Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan telah diadakan dengan mendapat penyertaan daripada sekitar 100 mahasiswa Zagazig yang terdiri daripada mahasiswa Al-Azhar dan Perubatan dengan bermatlamatkan tautan ukhuwwah di hari lebaran.Acara bermula pada jam 7 pagi.Program ini disertai oleh 6 kumpulan mahasiswa Perubatan serta 4 kumpulan mahasiswa Pengajian Islam.Perlawanan dijalankan secara liga di dalam 2 buah kumpulan.Setelah semua perlawanan liga berlangsung, perlawanan Separuh Akhir berlangsung dengan menemukan pasukan terbaik dari setiap kumpulan.Perlawanan Separuh Akhir 1 dimenangi oleh Pasukan 8 yang menewaskan Pasukan 1 melalui gol perak pada masa tambahan dengan jaringan 2-0.Pasukan 10 pula menumpaskan Pasukan 7 dalam saingan Separuh Akhir 2 dengan jaringan 3-0.Perlawanan Akhir yang menemukan Pasukan 8 dan Pasukan 10 berlangsung sengit dengan aksi serangan balas daripada kedua-dua belah pasukan.Akan tetapi, Pasukan 10 telah berjaya beraksi dengan cemerlang untuk menumbangkam Pasukan 8 dengan jaringan 2-0.Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh selaku BP Angkat bagi Zagazig.Di dalam ucapannya, beliau menyatakan akan kepentingan meneguhkan ukhuwwah sesama mahasiswa serta menjadikan sukan sebagai medium untuk melahirkan Muslim yang cergas dan cerdas.Hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh beliau kepada seluruh wakil pasukan yang menyertai program ini.Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi.DPMZ berharap para ahli dapat meneguhkan ukhuwwah sesama ahli sempena hari lebaran.
Pasukan 10 yang dibarisi pemain veteran Zagazig memenangi pertandingan
Para peserta sedang menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung
Aksi menarik perlawanan Akhir















