Monday, October 27, 2008
Tuesday, October 21, 2008
Futsal Lebaran Menggamit Ukhwah
Di peringkat separuh akhir, pertemuan yang sengit diantara Biasa Je FC dengan Sahah telah menyebabkan keputusan seri 0-0. Namun Biasa Je FC berjaya layak ke peringkat akhir setelah menang melalui sepakan penalti dengan keputusan 3-2. Manakala pertemuan diantara Ate Keme dengan Seqadar jelas membuktikan kehebatan pasukan Ate Keme setelah berjaya membelasah Seqadar dengan keputusan 5-1. Fahmi Odeni adalah penjaring terbanyak dalam perlawanan ini setelah berjaya menyumbang 3 gol untuk pasukan Ate Keme. Perlawanan di peringkat akhir sekali lagi membuktikan kehebatan pasukan Ate Keme setelah berjaya bergelar Johan dengan menewaskan pasukan Biasa Je FC dengan kemenangan 4-1. Tahniah diucapkan kepada pasukan Ate Keme.
Pertandingan Futsal Lebaran 08’ ini dilihat telah berjaya memupuk semangat kebersamaan serta jalinan ukhwah yg baik dikalangan ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sama ada diantara pelajar-pelajar Perubatan dengan Azhar mahupun pelajar-pelajar lama dengan yang baru. Program ini bukan sahaja matlamatnya untuk aktiviti riadah di kalangan ahli tetapi objektif yang lebih utama adalah untuk memupuk nilai ukhwah dan persahabatan di kalangan ahli.
Di akhir program tersebut, pihak penganjur telah menyampaikan hadiah kepada setiap pasukan yang disampaikan oleh Pengerusi DPMZ 08/09, Ustaz Mohd Faizzudin Ghazali. Semoga jalinan ukhwah yang terbina di bulan Syawal ini akan berterusan supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Friday, October 17, 2008
Wednesday, October 15, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Madrasah Imam Syafie
Perhatian kepada seluruh ahli DPMZ, Madrasah Imam Syafie telahpun bermula. Pengajian akan terus diadakan pada minggu akan datang. Jika anda ingin menempah kitab pengajian, sila hubungi Ust Zuhaili(011 5191059) dan Amir Shamiz dengan menyertakan bayaran untuk setiap tempahan. Terbaru, Kelas Qiraat bersama Ust Abdullah Mukhlis akan disambung semula dan akan bermula pada hari Rabu 22 Oktober 2008.Sunday, October 12, 2008
Tahniah Ust Mustakim!

Seluruh barisan AJKT dan ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig mengucapkan sekalung tahniah kepada saudara Ust Mustakim bin Sarmuji yang merupakan ahli dpmz, beliau telah melangsungkan pernikahan pada 4 syawal yang lalu dengan pasangan beliau ustazah Erma Aznita di kediamannya Jenjarom Selangor, semoga dengan ikatan pernikahan ini dapat meningkatkan lagi keimanan serta ketaqwaan beliau suami isteri.. Kami juga mendoakan agar beliau dan isteri di berikan keberkatan hidup serta keredhaan dan kebahagian di dunia dan akhirat insyallah...
PASANGAN HATI MENJADI PILIHAN
SELAMAT PENGANTIN BARU KAMI UCAPKAN
PERJUANGAN ISLAM TETAP DITERUSKAN
Saturday, October 11, 2008
Thursday, October 9, 2008
Wednesday, October 8, 2008
Setinta Kata : Kalam Pengerusi Sempena Kehadiran Mahasiswa/wi Baru
Setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT yang telah meminjamkan ibadat dan kudrat sehingga kita mampu berada di bumi Anbiya’ ini. Bumi ini penuh dengan keberkatan dan merupakan tempat gelanggang para Nabi dalam menyampaikan risalah Ad-Deen dimuka bumi ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah meninggalkan haruman nostalgia kehidupan jua buat seluruh pejuang terdahulu.
Saudara saudariku sekelian,
Selamat datang diucapkan kepada seluruh mahasiswa baru samada Perubatan ataupun Pengajian Islam, semoga kalian sentiasa beroleh rahmat dalam mencari ilmu. Ingatlah sesungguhnya kehadiran kalian sungguh bermakna buat kami di DPMZ dalam kita menyemarakkan lagi semangat pencarian ilmu di sini. Walaupun berbeza aliran pengajian, namun tidaklah menjadi satu penghalang buat kita dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara kita.
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Dalam kita menuntut ilmu, mesti kena ada susah. Adakalanya kepayahan inilah yang mematangkan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Kebersamaan kita dalam apa jua keadaan sangatlah penting bagi memastikan survival kesatuan ini terus berterusan. Sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim, tidak dapat tidak, kita mesti beriltizam dan sentiasa beristiqamah dalam melakukan kebaikan, dan ia memerlukan kepada semangat mujahadah yang tinggi. Marilah kita sama-sama memperkemaskan jatidiri kita sebagai seorang individu muslim yang sejati.
Sahabat seaqidah seperjuangan,
Tugas kita di sini tersangatlah besar, kita memikul sebuah amanah yang tegalas di bahu kita. Harapan ummah terhadap kita adalah untuk menobat panji kebenaran. Jika disorot kembali, bagaimana generasi terdahulu membuktikan betapa liku perjuangan di menara gading adalah menuntut sebuah keterampilan, keberanian dan kecergasan dalam segala bidang yang diceburi. Sindrom virus malas dan kelesuan yang berlaku dikalangan kita, marilah kita menggantikannya dengan membugarkan semangat juang yang tinggi dan dinamisma amal bagi melahirkan siswa siswi gemilang harapan ummah seluas buana yang terbentang.
Justeru kita mengharapkan suatu hari nanti tenaga professional dan ulama’ dapat digabungkan dalam suatu wadah bagi mendominasikan perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT di atas muka bumi ini khususnya dalam konteks negara kita Malaysia.
Akhir kata, pihak DPMZ mengharapkan agar USMB tahun ini akan dapat berjalan lancar dengan jayanya sepertimana yang dirancangkan. Salam ukhwah dari kami ahli-ahli DPMZ untuk seluruh mahasiswa/wi baru Perubatan mahupun Pengajian Islam. Pihak DPMZ juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan adhoc pelaksana USMB 08' yang bertungkus lumus bagi menjayakan USMB pada tahun ini. Jazakumullah khaitran kathira.
Salam Perjuangan,
Mohd Faizzudin b Ghazali
Pengerusi DPMZ 08/09
Monday, October 6, 2008
Sunday, October 5, 2008
Aidilfitri Disambut Dengan Penuh Kesyukuran
Disediakan oleh :
Muhamad Lokman B. Sulaiman,
Setiausaha SHARAFAN 08,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2008/2009.
Friday, October 3, 2008
Thursday, October 2, 2008
Wednesday, October 1, 2008
Festival Konvokesyen Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang 2008

Makluman kepada para mahasiswa Perubatan dan mahasiswa Al-Azhar tahun akhir yang telah berjaya atau tasfiah serta mahasiswa Tahun 1 ,2 dan 3 yang telah mendapat pangkat Jayyid dan ke atas anda boleh menyertai Festival Konvokesyen Anugerah Mahasiswa Cemerlang anjuran PMRAM yang akan diadakan pada 22 Oktober 2008.Bagi Ahli DPMZ anda boleh menghubungi Unit Pengetahuan Dan Pendidikan jika anda ingin meyertainya dan mendapatkan borang pendaftaran serta borang tempahan pakaian khas untuk majlis konvokesyen.Tarikh tutup pendaftaran ialah 7 Oktober 2008. Sila hubungi Ustaz Muhammad Zuhaili Zanal Ali(011-5191059)untuk keterangan lanjut.












.jpg)
